IMG_3835

Majlis Apresiasi Graduan MBA Luar Kampus & MBA@State Tahun 2023

Majlis Apresiasi Graduan MBA Luar Kampus & MBA@State Tahun 2023
Kehadiran graduan MBA Luar Kampus dan MBA@State ke Majlis Apresiasi ini di sambut baik Yang Berbahagia Datoโ€™ Dr. Ahmad Ramzi bin Mohamad Zubir Ketua Pegawai Eksekutif, UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. bertempat di Premier Lounge, Hotel Permai Kuala Terengganu sekitar jam tiga petang. Turut dihadiri juga Yang Berusaha Encik Azizul Bin Ab. Hadi, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Yang Berusaha Encik Muhamad Azmidi Bin Abdullah, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Latihan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Yang Berusaha Encik Mohd Kamal Bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Yang Berusaha Dr. Noor Fadhiha Binti Mokhtar Pengerusi Bidang Pengurusan (MBA), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT. Yang Berusaha Dr. W Muhammad Zainuddin Bin Wan Abdullah, Penyelaras Program MBA Luar Kampus, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT.Majlis ini bertujuan meraikan pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Luar Kampus Putrajaya dan MBA@State yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang ke-21 pada 22 Oktober 2023, Ahad. UMT Jaya Holdings telah menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datoโ€™ Dr. Ahmad Ramzi kepada 2 orang graduan MBA Putrajaya iaitu, Encik De'Zulkernain Bin Abdullah Hassan bagi Semester 1, 2022/2023 dan Encik Saravanan Krishnan bagi Semester 2, 2022/2023. Manakala 2 Anugerah Pelajar Cemerlang bagi MBA@State ialah Encik Muhammad Firdaus Bin Abdul Samad dan Mohd Hasbi Kyairi bin Ahmad Fuad, bagi Semester 2, 2022/2023. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan MBA yang berjaya menamatkan pengajian masingโ€“masing di Universiti Malaysia Terengganu. UMT Jaya Holdings berharap agar lebih ramai lagi pelajar yang akan menyambung pengajian dalam program MBA-UMT selepas ini.
387850383_808019907998282_3156896604233835154_n

Cakna Kasih Pelajar YPeA Pasca SPM 2022

Cakna Kasih Pelajar YPeA Pasca SPM 2022
Satu lawatan ke rumah salah seorang pelajar Yayasan PETRONAS empower ECER Akademik telah dijalankan hari ini. Ziarah ini diketuai oleh YBhg. Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.
ย 
Dalam pada itu, ziarah cakna kasih yang bertempat di daerah Besut, Terengganu ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Abdullah Zawawi Hj Yahya, Pegawai Pendidikan Daerah Besut serta dua Timbalannya. Kehadiran mereka menunjukkan betapa komited dan seriusnya pihak pengurusan UMTJ dan PPD dalam membantu para pelajar ini.
ย 
Objektif lawatan hari ini adalah untuk membimbing dan membantu pelajar dalam mencari penempatan ke IPT agar beliau dapat melakar kecemerlangan dalam pendidikan setelah tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia, SPM 2022 yang lalu.
ย 
Semoga, lawatan ataupun Cakna Kasih ini memberikan sinar baharu kepada pelajar YPeA ini untuk terus melakar kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.
IMG_3834

Majlis Perasmian Program Karnival Inovasi Makanan di Harbour Centre Mersing, Johor.

Majlis Perasmian Program Karnival Inovasi Makanan di Harbour Centre Mersing, Johor.
Telah berlangsung Majlis Perasmian Program Karnival Inovasi Makanan bagi Program Yayasan Petronas empower ECER Latihan Kemahiran & Keusahawanan setelah dua hari bertapak di Harbour Centre Mersing, Johor.
ย 
Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. Turut hadir bersama-sama dalam majlis ini ialah Wakil dari Pejabat Pembangunan Daerah Mersing, PETRONAS dan ECERDC.
ย 
Sementara itu, perasmi dan dif-dif kehormat turut berpeluang untuk melihat sendiri Aktiviti Jualan (Sale Hunt Challenge), Pertandingan Hiasan Makanan dan Pertandingan Innovasi Masakan Fusion oleh para peserta program ini.
1f1fd422-1ce3-4a00-8f89-6a9696998577

Karnival Inovasi Makanan di Kolej Komuniti Besut, Terengganu.

Karnival Inovasi Makanan di Kolej Komuniti Besut, Terengganu.
Telah berlangsung Karnival Inovasi Makanan bagi kursus Pengukuhan Usahawan Penjaja (F&B) di bawah program Yayasan PETRONAS ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ณ ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan bertempat di Kolej Komuniti Besut, Terengganu. Karnival Inovasi Makanan ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMT Jaya Holdings dengan kerjasama En. Yusainy Yusop selaku Tenaga Pengajar bagi kursus ini. Seramai 15 orang peserta daripada kursus Pengukuhan Usahawan Penjaja (F&B) telah melibatkan diri dalam aktiviti Karnival Inovasi Makanan iaitu Pesta Jualan Makanan dan Minuman, Sales Hunt Challenge dan Pertandingan Inovasi Makanan. Peserta Kursus Pengukuhan Usahawan Penjaja(F&B) ini juga diberi laluan untuk membuka Tiga (3) Booth Jualan di Karnival Inovasi Makanan kepada pengunjung yang hadir ke booth peserta di sana.
382111202_794817885985151_6987675133429147154_n

HR SUMMIT 2023

HR SUMMIT 2023
HR SUMMIT 2023 dengan julung kalinya berada di Wilayah Pantai Timur bertemakan โ€œPembelajaran Sepanjang Hayat, Pemangkin Mobiliti Sosial!โ€ anjuran HRD Corp yang telah berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.
ย 
Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings, YBhg Datoโ€™ Dr. Ahmad Ramzi Bin Mohamad Zubir, merupakan salah seorang penceramah yang memberikan pengisian bertajuk โ€˜Pemangkin Mobiliti Sosialโ€™. Para peserta adalah terdiri daripada pelbagai organisasi daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dari Pantai Timur dan juga daripada Agensi Kerajaan di Terengganu.
ย 
UMT Jaya Holdings juga diberi laluan untuk membuka Booth di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu sehingga pukul 5 petang. Terdapat banyak program & promosi yang telah kami tawarkan kepada pengunjung yang hadir ke booth kami di sana.
ย 
Terima kasih tidak terhingga kepada HRD Corp Pantai Timur di atas peluang dan kepercayaan kepada UMTJ Holdings Sdn Bhd bagi turut menjayakan HR Summit 2023 Pantai Timur ini.
378985619_789111523222454_5091564628695128211_n

19th Malaysia International Halal (MIHAS)

19th Malaysia International Halal (MIHAS)
UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. telah diberi peranan serta tanggungjawab oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk turut serta mengambil bahagian dalam MIHAS bagi memasarkan produk-produk keluaran UMT serta mendapatkan rangkaian perniagaan yang lebih meluas bagi menjana pendapatan Universiti (UMT)
ย 
Program juga diserikan lagi dgn kehadiran YBhg. Dato' Dr. Din Bin Adam, iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. & YBhg. Dato' Dr. Ahmad Ramzi Bin Mohamad Zubir, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.
ย 
Produk-produk yg dijual serta dipamerkan ialah:
1. Ice Cream Beta Gac 100 ml @ RM5.00
2. Minyak Angin Gelam 8ml @ RM10.00
3. Madu Kelulut Akasia 700 ml @ RM200.00, 200 ml @ RM100.00 & 55 ml @ RM30.00
4. Sardin Curry Pouche 220 gm @ RM15.00
5. Teh Minuman Kesihatan - Teh Tenang, Teh Lerai, Teh Urai, Teh Lega & Teh Imbang
352210508_2626196417532539_6497808346771765672_n

Majlis Selangkah Ke Menara Gading

Majlis Selangkah Ke Menara Gading

Seramai 200 pelajar menghadiri Majlis Selangkah ke Menara Gading pada 4 Jun 2023 bertempat di Raia Hotel Kuala Terengganu sempena Karnival Jom Masuk โ€˜Uโ€™ 2023 bagi Zon Timur. Majlis Selangkah ke Menara Gading diadakan untuk memberi pendedahan serta menyebar luas maklumat mengenai peluang pendidikan serta laluan kerjaya kepada para pelajar melalui kerjasama strategik antara ECERDC dan Yayasan PETRONAS di bawah program Yayasan PETRONAS empower ECER Akademik.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme. Turut mengiringi ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), YBhg. Datoโ€™ Baidzawi Che Mat dan Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, YBrs. En. M. Ahmad Shazly.

Majlis ini turut disertai oleh Universiti Teknologi PETRONAS, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat berkaitan kursus kemahiran serta pengajian yang ditawarkan.

Gimik Pelancaran Program Empower ECER Akademik di bawah tajaan Yayasan PETRONAS oleh YAB Menteri Besar Terengganu

Majlis Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan ECER

Majlis Kolaborasi, Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan ECER & Pelancaran Program ECERDC-Yayasan PETRONAS Di Negeri Terengganu
Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) dengan Kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Majlis Kolaborasi, Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan ECER & Pelancaran Program ECERDC-Yayasan PETRONAS di Negeri Terengganu.
ย 
Majlis yang diadakan pada Khamis, 2 Mac 2023 itu yang bertempat di Dewan Utama, Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu itu telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
ย 
Keseluruhan majlis ini meraikan seramai 450 orang peserta Program Pembangunan Usahawan Mikro/Baharu empower ECER, empat majikan yang memberikan penempatan tertinggi kepada peserta PENJANA Train & Place dan penyampaian sijil kolaborasi kepada empat buah sekolah di daerah Besut di bawah Program Yayasan PETRONAS empower ECER Akademik.
Copy of WhatsApp Image 2022-05-20 at 12.48.43 PM (2)

Taklimat dan Sesi Motivasi bagi Program empower ECER Usahawan Mikro 2022 (Terengganu)

Taklimat Dan Sesi Motivasi Bagi Program empower ECER Usahawan Mikro 2022 (Terengganu)
Taklimat Dan Sesi Motivasi Bagi Program empower ECER Usahawan MIkro 2022 Terengganu